Carta Kawalan EWMA dan Carta Kawalan CUSUM: Satu Perbandingan Prestasi Menggunakan ARL

Authors

  • Norizan Mohamed
  • Muhamad Safiih Lola
  • Wan Muhamad Amir
  • Kooi Siam Teoh

DOI:

https://doi.org/10.11113/matematika.v20.n.154

Abstract

Carta kawalan kualiti EWMA (Exponentially Weighted Moving Average) dan CUSUM (Cumulative Sum) digunakan dengan meluas untuk mengawal kualiti produk yang dihasilkan daripada proses pengeluaran. Program komputer ditulis dalam bahasa pengaturcaraan SAS (Statistical Analysis System) digunakan untuk mengira purata panjang larian, ARL (average run length) bagi anjakan dalam min proses bagi carta kawalan optima EWMA dan CUSUM. ARL nominal ditetapkan pada 50, 100, 250, 500, 1000, 1500 dan 2000. Analisis dijalankan terhadap prestasi carta kawalan optima EWMA dan CUSUM bagi mengesan anjakan kecil dan besar dalam min proses. Hasil daripada carta kawalan EWMA dan CUSUM bagi mengesan anjakan kecil dan besar dalam min proses dibincangkan. Katakunci: Purata Panjang Larian; Anjakan; EWMA (Exponentially Weighted Moving-Average) ; CUSUM (Cumulative Sum); kawalan optima. EWMA (Exponentially Weighted Moving-Average) control charts and CUSUM (Cumulative Sum) control charts are widely used in industry for prosess and measurement control. This paper provides a computer implimentation of a fast and accurate algorithm in programming SAS (Statistical Analysis System) to compute average run length (ARL) for CUSUM and EWMA charts to monitor the process mean. The in-control ARL is set to be at 50, 100, 250, 500, 1000, 1500 dan 2000. The sensitive for optimal control EWMA and CUSUM in monitoring shift is then be analyze. The results from EWMA and CUSUM control charts for monitoring any small and large increases in process mean be discuss. Keywords: Average Run Length; Shift; EWMA (Exponentially Weighted Moving-Average); CUSUM (Cumulative Sum) ; optimal control.

Downloads

Published

01-12-2004

How to Cite

Mohamed, N., Lola, M. S., Amir, W. M., & Teoh, K. S. (2004). Carta Kawalan EWMA dan Carta Kawalan CUSUM: Satu Perbandingan Prestasi Menggunakan ARL. MATEMATIKA, 20, 141–150. https://doi.org/10.11113/matematika.v20.n.154

Issue

Section

Mathematics