Satu Kaedah Peningkatan Prestasi dalam Pembentukan Carta
DOI:
https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.174Abstract
Carta S sering digunakan untuk mengawal anjakan dalam varians proses di industri. Carta S berbeza daripada carta R oleh sebab carta S adalah berdasarkan sisihan piawai sampel manakala carta R melibatkan julat sampel. Carta S lazimnya digunakan apabila saiz sampel, n > 10. Carta S kurang peka terhadap pengesanan anjakan varians yang kecil. Dalam kajian ini satu kaedah untuk meningkatkan prestasi carta S melalui pembentukan carta S purata bergerak akan dicadangkan. Kajian simulasi dijalankan dengan menggunakan SAS versi 8 untuk menilai prestasi carta S purata bergerak. Purata dan median panjang larian dikira supaya perbandingan prestasi antara carta S purata bergerak dan carta S yang asas dapat dijalankan. Purata panjang larian (ARL) dan median panjang larian (MRL) memberikan purata dan median bilangan sampel yang perlu diplotkan pada carta kawalan sebelum isyarat luar kawalan yang pertama diterima. Kedua-dua ukuran ini mengukur kecepatan carta kawalan mengesan anjakan dalam proses. Kelebihan MRL berbanding dengan ARL turut dibincangkan dalan kajian ini. Keywords: Carta S purata bergerak; carta S; purata panjang larian (ARL); median panjang larian (MRL); varians proses; isyarat luar kawalan; ralat~Jenis-I.Downloads
Published
01-06-2006
How to Cite
Khoo, M. B., & Looi, C. (2006). Satu Kaedah Peningkatan Prestasi dalam Pembentukan Carta. MATEMATIKA, 22, 67–76. https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.174
Issue
Section
Mathematics