Mencirikan Lengkung Kubik Nisbah Alternatif

Authors

  • Azhar Ahmad
  • Jamaludin Ali

DOI:

https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.175

Abstract

Lengkung kubik nisbah bagi menentukan syarat-syarat lengkungan yang berbentuk cembung, lengkokbalas, gelung, punding dan pencongan dianalisis. Lengkung kubik nisbah alternatif telah digunakan bagi membina segmen lengkung dengan ditetapkan titik-titik hujung dan tangen hujungnya. Dengan mewakilkan pemberat hujung dan parameter bentuk dalam sebutan koordinat baripusat bagi titik bahu, merujuk kepada titik-titik kawalan, akan menentukan kekangan bagi bentuk-bentuk lengkung yang dikaji. Ditunjukkan satu kaedah penjanaan dan pengawalan lengkung di mana pencirian sesuatu bentuk lengkung terletak sepenuhnya kepada kedudukan titik bahu. Selanjutnya ditunjukkan bahawa untuk sebarang kedudukan titik bahu tertentu, satu famili lengkung yang mempunyai ciri-ciri yang serupa boleh dijana. Keywords: Lengkung kubik nisbah alternatif; pencirian; pengawalan; koordinat baripusat.

Downloads

Published

01-06-2006

How to Cite

Ahmad, A., & Ali, J. (2006). Mencirikan Lengkung Kubik Nisbah Alternatif. MATEMATIKA, 22, 77–89. https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.175

Issue

Section

Mathematics