Penambahbaikan untuk Carta EWMA Multivariat

Authors

  • Michael B.C. Khoo
  • S.J. Gun

DOI:

https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.186

Abstract

Carta kawalan kualiti ialah salah satu alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah kawalan kualiti. Carta kawalan digunakan untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya suatu masalah. Kawalan kualiti bagi kebanyakan proses melibatkan lebih daripada satu pembolehubah yang berkorelasi. Ini dikenali sebagai kawalan kualiti multivariat. Carta kawalan EWMA multivariat (MEWMA) ialah suatu carta yang baik untuk mengesan anjakan kecil dalam vektor min bagi suatu proses multivariat. Kertas kerja ini mencadangkan penggunaan kaedah kebolehjadian maksimum untuk carta MEWMA dalam penganggaran masa sebenar berlakunya anjakan tetap dalam vektor min. Penggunaan kaedah penganggar masa anjakan tetap untuk carta MEWMA akan memanfaatkan jurutera kawalan kualiti dalam kawalan proses di industri. Katakunci: Carta EWMA multivariat (MEWMA); penganggar kebolehjadian maksimum; penganggar masa anjakan; isyarat luar kawalan; ralat Jenis-I. A quality control chart is one of the tools that is used to solve quality control problems. A control chart is used to identify the causes of a problem. Quality control for most processes involves more than one correlated variable. This is known as multivariate quality control. A multivariate EWMA (MEWMA) control chart is a good chart to detect a small shift in the mean vector of a multivariate process. This paper suggests the use of the maximum likelihood method on the MEWMA chart for the detection of the actual time of the occurrence of a permanent shift in the mean vector. The use of a time step change estimator on a MEWMA chart will benefit quality control engineers in process monitoring in industries. Keywords: Multivariate EWMA (MEWMA) chart; maximum likelihood estimator; time step change estimator; out-of-control signal; Type-I error.

Downloads

Published

01-12-2006

How to Cite

Khoo, M. B., & Gun, S. (2006). Penambahbaikan untuk Carta EWMA Multivariat. MATEMATIKA, 22, 171–176. https://doi.org/10.11113/matematika.v22.n.186

Issue

Section

Mathematics