Pengujian Statistik Anderson Darling bagi Taburan Nilai Ekstrim Teritlak

Authors

  • Ani Shabri
  • Abdul Aziz Jemain

DOI:

https://doi.org/10.11113/matematika.v24.n.225

Abstract

Makalah ini mempersembahkan kajian untuk membangun dan menilai pengujian statistik Anderson-Darling (AD) dalam menguji kesesuaian taburan nilai ekstrim teritlak (GEV). Jadual nilai kritikal statistik AD dibangunkan berdasarkan khi-kuasa dua Pearson dan kebolehjadian statistik bagi taburan GEV menggunakan simulasi Monte Carlo. Nilai kritikal statistik ini dimodelkan menggunakan persamaan regresi untuk menyediakan persamaan bagi menganggar nilai kritikal untuk sebarang parameter bentuk taburan. Kajian simulasi berdasarkan beberapa bentuk taburan menunjukkan bahawa statistik AD berdasarkan pengujian statistik kebolehjadian nisbah mempunyai kekuatan yang lebih baik berbanding statistik AD berdasarkan khi-kuasa dua Pearson dalam menguji kesesuaian taburan GEV. Keywords: Statistik Anderson Darling; Kebolehjadian-nisbah; khi-kuasa dua Pearson; L-momen.

Downloads

Published

01-06-2008

How to Cite

Shabri, A., & Jemain, A. A. (2008). Pengujian Statistik Anderson Darling bagi Taburan Nilai Ekstrim Teritlak. MATEMATIKA, 24, 85–97. https://doi.org/10.11113/matematika.v24.n.225

Issue

Section

Mathematics