Analisis Komponen Utama Teguh dalam Pembinaan Indeks Kualiti Udara
DOI:
https://doi.org/10.11113/matematika.v15.n.380Abstract
Kajian ini membincangkan rumus baru indeks kualiti alam sekitar yang boleh digunakan untuk memantau parameter udara dan juga parameter kaji cuaca yang lain. Perumusan indeks ini berasaskan kepada analisis komponen utama (AKU) teguh yang memberikan gabungan linear terbaik bagi parameter alam sekitar. Tiga rumus indeks diperkenalkan iaitu indeks kualiti konvensional, indeks kualiti AKU teguh dan indeks pencemar AKU teguh berpemberat asas. Perbandingan ketiga-tiga indeks dilakukan dan didapati indeks pencemar AKU teguh berpemberat asas memberikan alternatif yang lebih baik untuk mengukur aras kualiti alam sekitar. Katakunci: AKU Teguh; Indeks Kualiti; Penganggar M; Penganggar MLT; Penganggar CMB. This study discusses a new formulation of environmental quality indices which can be used for monitoring environmental as well as meteorological parameters. The formulation of the indices is based on robust principal component analysis (PCA) which gives the best linear combination of air parameters. Three formulations are introduced, namely, the conventional quality index, the robust principal component analysis quality index and the base-weighted robust principal component analysis quality index. Comparison with some existing indices were made and it was found that the new indices provide the most reliable results and gave more information on environmental parameters. Keywords: Robust PCA; Quality Indices; M estimator; MLT estimator; CMB estimator.Downloads
Published
01-06-1999
How to Cite
Khamis, A., & Abdullah, M. (1999). Analisis Komponen Utama Teguh dalam Pembinaan Indeks Kualiti Udara. MATEMATIKA, 15, 45–56. https://doi.org/10.11113/matematika.v15.n.380
Issue
Section
Mathematics