Kajian Perbandingan Transformasi Penomalan dan Persentil Hampiran Taburan Gaussian Songsang
DOI:
https://doi.org/10.11113/matematika.v10.n.51Abstract
Transformasi pernormalan pembolehubah rawak Gaussian songsang oleh Folks , Chhikara[1] dan Whitmore , Yalkovsky[8] dipertimbangkan semula. Transformasi oleh Whitmore , Yalovsky kemudian diubahsuaikan dengan melenyapkan sebutan pemalarnya. Penumpuan segi taburan setiap pembolehubah rawak tertransformasi ke pembolehubah rawak normal piawai serta persentil hampiran yang diperolehi dari transformasi songsangan yang berpadanan dibandingkan. Didapati transformasi oleh Whitemore , Yalovsky menghasilkan pembolehubah rawak yang bertaburan paling hampir kepada taburan normal piawai bagi setiap nilai θ = λ / μ yang dipertimbangkan. Persentil hampiran daripada setiap transformasi songsangan diperolehi bagi setiap kes. Katakunci: Pembolehubah rawak Gaussian songsang; transformasi; penormalan; songsanganDownloads
Published
01-06-1994
How to Cite
Maarof, F. (1994). Kajian Perbandingan Transformasi Penomalan dan Persentil Hampiran Taburan Gaussian Songsang. MATEMATIKA, 10, 17–36. https://doi.org/10.11113/matematika.v10.n.51
Issue
Section
Mathematics